Monday, January 19, 2009

APAKAH INI TURNING POINT?


Masuk hari ni dah 3 hari pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu berlalu. Walaupun liputan media perdana agak kurang, maklumlah pembangkang menang tapi masih ramai yang memperkatakanya. Samada pembangkang dengan kemenanganya, atau UMNO dan BN dengan kekalahanya. Tambah pula ini adalah kekalahan kedua berturut turut. Kalau M.U kalah berturut turut pun orang perkatakan, inikan pula U.M.n.o.
Cuma bila di teliti kebanyakan jawapan yang diberi atas persoalan kalah masih sama semasa kalah di Permatang Pauh. Masih tertumpu pada kesalahan atau tektik "kotor"yang digunakan parti lawan. Itulah tabiat orang kita, suka menyalahkan lawan tak kira dalam apa perlawanan sekalipun.
Sedangkan lawan sudah semistinya tugasnya ialah untuk mengalahkan kita.
Saya harap kali ini orang U.M.n.o. perlu betul-betul teliti mengambil pendekatan baru dan jangan hanya mengharapkan kelemahan pembangkang sebagai modal untuk menang pilihanraya. Lagi banyak kelemahan orang didedahkan lagi baiklah jadinya orang itu, sekiranya dia mengambil sikap positif. Lihatlah faktor perubahan pola pemikiran pengundi...... Sudah tiba masanya Umno berubah dengan lebih drastik kearah perubahan yang berlaku dikalangan pengundi ,mungkin U.M.n.o. perlu berubah ke arah yang lebih Islamik bagi menjamin kuasa terus berada dalam genggaman parti itu.
UMNO MESTI BERANI BERUBAH.