Wednesday, June 17, 2009

JUAL MOTOR.

Semalam saya jual motosikal EX5 yang saya beli hampir 10 tahun dulu pada kawan saya. Rasa terkilan pun ada sebab dah lama moto tu berjasa pada saya,tapi kerana sejak kebelakangan ini saya hampir langsung tak menggunakanya,keputusan untuk jual tu saya rasa yang terbaik.Kawan saya dah ambil dah hantar repair motor tu.Malam semalam masa datang bayar saya tenggok motor tu dah berubah,nampak cantik pulak. Memang keputusan jual tu nampaknya baik untum motor tu kot. Jadi hari ni saya jadi orang ber'uwang' sekejap.Itupun tak lama sebab saya dah pergi servay mountain bike ''BAEKK PUNYA'' untuk dibeli menggantikan motor tu.Tenggoklah nanti,kalau ader rezeki maka ber''mountain bike'' pula saya lepas ni.

Thursday, April 9, 2009

MESSAGE SETERUSNYA

Kalau ibarat handphone, dah 3 sms dihantar kepada kerajaan minta buat perubahan segera. Dah banyak kali pilihanraya kecil gagal dimenangi.... Terutama jika calon dari UMNO. Lihat saja Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang, bagi kerusi Parlemen. Bergitu juga Bukit Selambau bagi DUN, semuanya dimenangi pembangkang, yang sebenarnya menang atas kelemahan BN yang diterajui UMNO. Cuma di Batang Ai yang masih boleh dibanggakan. Itupun tak tahu sampai bila?

Monday, January 19, 2009

APAKAH INI TURNING POINT?


Masuk hari ni dah 3 hari pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu berlalu. Walaupun liputan media perdana agak kurang, maklumlah pembangkang menang tapi masih ramai yang memperkatakanya. Samada pembangkang dengan kemenanganya, atau UMNO dan BN dengan kekalahanya. Tambah pula ini adalah kekalahan kedua berturut turut. Kalau M.U kalah berturut turut pun orang perkatakan, inikan pula U.M.n.o.
Cuma bila di teliti kebanyakan jawapan yang diberi atas persoalan kalah masih sama semasa kalah di Permatang Pauh. Masih tertumpu pada kesalahan atau tektik "kotor"yang digunakan parti lawan. Itulah tabiat orang kita, suka menyalahkan lawan tak kira dalam apa perlawanan sekalipun.
Sedangkan lawan sudah semistinya tugasnya ialah untuk mengalahkan kita.
Saya harap kali ini orang U.M.n.o. perlu betul-betul teliti mengambil pendekatan baru dan jangan hanya mengharapkan kelemahan pembangkang sebagai modal untuk menang pilihanraya. Lagi banyak kelemahan orang didedahkan lagi baiklah jadinya orang itu, sekiranya dia mengambil sikap positif. Lihatlah faktor perubahan pola pemikiran pengundi...... Sudah tiba masanya Umno berubah dengan lebih drastik kearah perubahan yang berlaku dikalangan pengundi ,mungkin U.M.n.o. perlu berubah ke arah yang lebih Islamik bagi menjamin kuasa terus berada dalam genggaman parti itu.
UMNO MESTI BERANI BERUBAH.

Monday, December 15, 2008

JIKO SHOKAI.

Saya berasal dari negeri pantai timur,Terenggunu.Keluarga ayah saya kini menetap di Kuala Dungun-''dekak dengang sura Aji Bideng"di Sure Gate.Saya panggil The Gate jer....bunyi macam The Hage pulak yer...
Saya kini menetap di Seremban,dah hampir 14 tahun.Daripada hanya bawa satu beg pakaian kecil
hingga mamapu miliki rumah sendiri.Betapa besarnya anugerah Ilahi yang telah saya kecapi.Daripada tidak memiliki sesiapa ,sekarang mempunyai 2 pasang anak dan seorang(baru)isteri.....(Yang jangan marah yer).Rasanya bertuahnya hidup yang telah saya lalui selama ini.Tapi masih lagi rasanya lemah dalam bershukur pada apa yang saya terima selama saya hidup dari Tuhan.
OK.Seterusnya saya memperkenalkan diri saya.Nama?...Isteri saya panggil ''Ling".Anak saya panggil "Abu".Tapi kat sini panggil saja panggilan manje saya di rumah masa kecik2 "BaTing".Atau kalau panggilan penuhnya Abang Ting.