Thursday, August 20, 2009

HEBOH PASAL SHURGA

Assalamialaikum. Lama tak update blog panas ni. InshaAllah saya cuba isikan dengan pendapat saya yang tak seberapa. Berkebetulan pula tak berapa hari lagi kita, ummat Islam @ ummat Saiyidina Muhammad SAW akan menjalankan ibadah puasa, jadi rasanya eloklah saya berikan sedikit pendapat tentang isu yang sedang hangat diperkatakan kebelakangan ini.
Dua tiga hari yang lepas heboh diperkatakan dalam akhbar perdana tanah air tentang merrit untuk masuk shurga. Ini adakah rentetan lapuran akhbar berkenaan tentang kenyataan Murshidul Am PAS, bahawa amalan Islam dalam UMNO tidak membawa pengamaknya ke shurga. Apa lagi, maka berkokok lah beberapa menteri dan orang-orang yang sejawatan denganya. Termasuk Tun Mahadhir dan beberapa tokoh agama. Biasalah, bila sesuatu isu dipolitikan maka adalah pro dan kontra. Bagi penyokong PAS, kenyataan Murshidul Am mereka itu ada betulnya. Bagi penyokong UMNO, Nik Aziz dianggap keterlaluan. Tapi belum sampai ke tahap pengkhianat seperti yang di lebelkan kepada Anuar Ibrahim. Tun Mahadhir pun tumpang semangkuk menyindir Murshidul Am PAS dengan sinis.
Tapi sedar tak sedar isu ini telah menyebabkan ramai umat melayu teringat tentang shurga. Dan merasakan ada kelayakan untuk ke sana. Berkebetulan dengan kedatangan Ramadhan, elok sangatlah masing masing berlumba menuju shurga. Tali bukan setakat bercerita atau menulis di akhbar tapi dengan perlaksanaan ibadah yang dilipat kali ganda.
Bagi saya, kita umat akhir zaman ini rasanya tidak layak untuk berbincang tentang shurga, samatelah lagi untuk menentukan siapa yang layak ke sana. Sebab jika diukur amalan kita, yang entah hanya berama minit ibadahnya, saya tak jangka layak untuk berada di situ, jika hanya bergantung pada amalan kita. Kan lebih baik kita sama-sama bercerita tentean neraka yang mana amalan kita banyak menuju ke arah itu. Itu sebenarnya hikmah Ramadhan, magrfirah, keampunan dan dilepaskan dari neraka. Ibadah kita sebulan penuh pun pada Ramadhan ini bukan jaminan untuk ke shurga, melainkan dengan rahmat Allah dan shafaat Baginda Rasul, InshAallah, kita disenarai putihkan untuk keluar dari neraka. Itupun sudah cukup shukur. Takpayah lah dipanjang-panjangkan isu shurga ini.
Ingat kata Saiyidida Omar..Seandainya ditakdirkan semua hamba Allah masuk shurga, melainkan seorang, aku bimbang dia adalah aku. Bayangkan, beliau tidak meletakan diri beliau dalam tahap selamat, walhal beliau dijamin shurga oleh Rasulullah. Dan kita yang berjarak 1430 dari Omar, yang amalan kita penuh dengan penyelewengan, samaada sedar atau tidak,penyelewengan zahir atau batin, ahli UNMO atau ahli PAS atau ahli apa saja pertubuhan, berusahalah mengeluarkan nama kita dari senarai nama ahli neraka. Moga-moga tuhan satukan kembali hati-hati kita. Tinggalkanlah lambang parti buat sementara di bulan yang Allah istihar kan sebagai bulan rahmah, maghfirah dan keampunan. Affuan.

No comments:

Post a Comment