Tuesday, July 14, 2009

BN & MU

"Kami BERJAYA kecilkan majoriti pembangkang."Itulah ucapan beberapa pemimpin BN@UMNO selepas parti itu tewas lagi buat kesekian kalinya ditangan PAS yang berada dalam Pakatan Rakyat di Manik Urai. Tidak pasti apakah ucapan itu adalah melambangkan KEJAYAAN BN atau hanya sekadar untuk dijadikan steatment sebab ada pemberita ajukan soalan. Bunyinya akan jadi satu motivasi jika ayat itu diucapkan oleh parti pembangkang, yang tidak memegang kerajaan dan yang mempunyai budget yang terhad dalam mana-mana pilihanraya.
Dengan hanya banyak menggunakan sukarelawan tanpa imbuhan, tiada hotel mewah sebagai tempat bermalam, tiada imbuhan wang yang banyak atau hanya makan nasi kawah atau nasi bungkus sepanjang berkempin, mengurangkan majoriti pihak lawan adalah sesuatu yang cukup manis. Kira kalau dalam bolasepak macam pasukan ''UNDERDOG''lah. Macam kalau Malaysia kalah pada MU 1-2. Tapi kalau MU yang kalah pada Malaysia 1-2, apkah Sir Alex akan beri P.C yang berbunyi ''kami berjaya kurangkan ''deficit'' gol kemenangan Malaysia yang berada entah di tangga ke berapa ratus rangking FIFA. Ataupun dalam tidak sedar BN@UMNO dah letakan parti yang satu ketika dulu hanyalah dianggap sebuah parti belasahan di tangga yang hanya 1 atau 2 tingkat saja lagi akan menyamai BN@UMNO? Atau memang PAS dan Pakatan Rakyat sudah bersedia ataupun sudah menjadi Giant Killer yang akan menunbangkan kerajaan dalam waktu terdekat?
Sama-samalah kita fikirkan, terutamanya pemimpin-peminpin dalam kerajaan sekarang. Tinggalkanlah segala keseronokan yang selama ini berada di sekeliling anda. Turunlah kepada rakyat dan lihat apa yang mereka mahu. Jangan sekadar melihat akar umbi parti, tetapi lihatlah juga kepada orang lain di luar parti. Kerana BN@UMNO bukan tewas kerana ahli mereka tidak undi parti tersebut, tetapi kalah apabila ramai rakyat yang tidak ''memangkah'' parti itu
sebagai pilihan pada kertas undi.

1 comment:

  1. beb, cerita politik jgn link dgn persatuan asyraaf beb. nanti org akan salah faham beb. kita persatuan nutral beb. mana2 boleh masuk.... tak paksa punye.

    ReplyDelete